Tuesday, 10 January 2017

CUTI SEMESTER 1

Assalamualaikum.today is 11 January 2017.
Bermakna, dah 4 hari sis bercuti. 
Selama 4 hari di rumah, sis dah habiskan RM400. Sis pon tak tahu ke mana semua duit sis. Lol !!!
Menjalani hari-hari yang tidak produktif langsung tidak dapat dibanggakan
Malah, sis dapat merasai apa yang sedara sedari para penganggur rasa. tiada apa yang dapat disumbangkan selain makan dan tidur. Duit langsung tidak dapat sis hulurkan kepada adik serta ibu bapa. Hmmmm, sadiskan kehidupan seorang pelajar yang menghadapi kehidupan yang langsung tidak produktif.
Plus, line di rumah sis selalu bermasalah dan tak dapat langsung nak buka data. Nak baca novel di wattpad pon tidak dapat. Dah laa nak beli novel di SMO dan PSI tiada uang. hahahhahahah.
Sekarang sis di cyber cafe. Sebab sis nak update apa-apa maklumat yang sis banyak ketinggalan. Eh bukak UPSI PORTAL dan MYGURU2 tiada apa maklumat penting pon. Penat ja sis ke PP untuk cari cyber cafe. Kejap lagi, nak bayar kat abang cafe pon memerlukan duit. Dalam purse ada RM10 ja. Hahahahah. Pity me ! 

Saturday, 24 December 2016

Hye everyone. 
Hari nii da Sabtu. Esok Ahad, isnin dan selasa. 
Then RABU !!!! First paper in Uni life 😱😱😱😱
Yeah, typical type of human. 
Yg tu belom baca, chapter tu blm finish covered.
Sbjek tu lmah, sbjek ni lmah.
Tpi, tablet still dtngan, wattpad still updated. 😂😂😂😂
Apa nak jadi laa. Ap2 pon, doakan sis ya, kalian semua 😀💕💕💕💕


Thursday, 3 November 2016

S.A.H.A.B.A.T

Well, everyone have a friend, right? saya pon ada kawan. malah mereka layak untuk digelarkan sebagai SAHABAT. kerna, SAHABAT hanya layak untuk seseorang yang sentiasa di sisi kita when ups and down, thick and thin. no matter how hard your world are, but they always with you. nak kata saya ramai kawan tu tidak laa. maybe anda punya sahabat lebih ramai pada diri kerdil ini.

saya tertarik untuk menceritakan di sini perihal sahabat saya sewaktu kami berada dalam program matrikulasi di bawah kementerian pendidikan. alhamdulillah, ALLAH telah mengatur dengan terlalu baik perjalanan hidup puteri sulong kepada pasangan ENCIK AYUD dan PUAN ZAINUN untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi even tersimpang jauh dari apa yang saya pelajari sewaktu SPM. saya ditawarkan program PERAKAUNAN di MATRIKULASI PERLIS.

rasa kerdil diri ini apabila ditempatkan bersama orang-orang yang terbaik, bijaksana dalam akidah, tatatertib, akademik dan kokorikulum. aqiss rasa mau mengalirkan air mata bila ibu dan abah mula mengundurkan diri ke kampung selepas selesai segala urusan ku di sini. aqiss tiada kenalan di sini. berbekalkan kekuatan dan sedikit kematangan diri, mula mengoyakkan senyuman nipis apabila terfikirkan harapan yang terlalu berat terpikul dikedua bahu ini. ya, aqiss kena kuat demi ibu dan abah. kerana, orang yang berilmu akan dipandang tinggi.

aqiss ditempatkan di blok yang indah namanya, iaitu KOMSAS SITI AISYAH atau lebih mesra digelar A1. alhamdulillah, aqiss ditempatkan di paras satu iaitu bilik 204. gembira tidak terkata bila ditempatkan bersama roomate yang mesra alam dan tidak segan silu untuk membantu aqiss. Merekalah ibu abah, guru, sahabat, adik-beradik. Sepanjang keberadaan saya dalam program matrikulasi, mereka tidak pernah mengeluh dalam memberi tunjuk ajar saya.

Saya perkenalkan dari kiri roomate kesayangan saya: Jayasrideviy A/P Sugumaran, saya. Aliyya Balqis Bt Razali, Nurul Hasanah Bt Md Desa, Nur Syamimi Bt Zamberi

Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein