Well, everyone have a friend, right? saya pon ada kawan. malah mereka layak untuk digelarkan sebagai SAHABAT. kerna, SAHABAT hanya layak untuk seseorang yang sentiasa di sisi kita when ups and down, thick and thin. no matter how hard your world are, but they always with you. nak kata saya ramai kawan tu tidak laa. maybe anda punya sahabat lebih ramai pada diri kerdil ini.
saya tertarik untuk menceritakan di sini perihal sahabat saya sewaktu kami berada dalam program matrikulasi di bawah kementerian pendidikan. alhamdulillah, ALLAH telah mengatur dengan terlalu baik perjalanan hidup puteri sulong kepada pasangan ENCIK AYUD dan PUAN ZAINUN untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi even tersimpang jauh dari apa yang saya pelajari sewaktu SPM. saya ditawarkan program PERAKAUNAN di MATRIKULASI PERLIS.
rasa kerdil diri ini apabila ditempatkan bersama orang-orang yang terbaik, bijaksana dalam akidah, tatatertib, akademik dan kokorikulum. aqiss rasa mau mengalirkan air mata bila ibu dan abah mula mengundurkan diri ke kampung selepas selesai segala urusan ku di sini. aqiss tiada kenalan di sini. berbekalkan kekuatan dan sedikit kematangan diri, mula mengoyakkan senyuman nipis apabila terfikirkan harapan yang terlalu berat terpikul dikedua bahu ini. ya, aqiss kena kuat demi ibu dan abah. kerana, orang yang berilmu akan dipandang tinggi.
Saya perkenalkan dari kiri roomate kesayangan saya: Jayasrideviy A/P Sugumaran, saya. Aliyya Balqis Bt Razali, Nurul Hasanah Bt Md Desa, Nur Syamimi Bt Zamberi
